Archive for November 21, 2009

psikiko!

Cerita Pendek ni adik aku yang buat.Bukan aku.Dan dia dengan jayanya langsung tak tau yang aku dah masukkan Cerita PEndek dia ni dalam blog aku.So.aku harap sangat yang korang boleh tinggalkan respons korang.Tak kiralah apa pun bentuknya dari puji pujian sampailah caci makian.Aku tak kisah pun.Hehe..ape pun,selamat membaca!

Suasana hening.Gelap.Penglihatanku pula yang mulanya samar-samar jadi berpinar-pinar.Kepalaku kurasa semakin berat.Seperti setiap langkah kakiku semakin menambahkan beban kesakitan di kepalaku.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Seperti ada yang mengawal fikiranku menyuruh aku supaya menjadi insan yang lemah tidak bermaya.Pada saat kesulitan ini menimpaku kulihat tiada siapa yang berada di situ untuk menolongku.Mataku juga tidak bisa mengesan manusia yang mungkin berada disekelilingku.Akhirnya langkahku mati.Mungkin putus asa telah menjadi pilihanku.Aku tidak kuat untuk terus menjadi insan yang tegar dan tabah tetapi pada hakikatnya langkah dan tubuhku semakin longlai.Saat langkahku terhenti,tubuhku serta-merta tersungkur.Jatuh.Ketika ini pun mataku tidak mampu terbuka.Namun tiba-tiba hatiku diserang kebingungan.Tanda tanya berkumpul dan berpakat untuk menyerang kotak mindaku.Ya Allah,dimanakah aku?Tempat apakah ini?Kemanakah semua makhluk istimewa ciptaan Mu ya Allah?Mengapakah tempat ini seperti sunyi tidak berpenghuni?Ya Allah,dengan keagungan dan kebesaranMu kumohon tariklah cubaan Mu yang berat ini daripadaku.

“Mia sayang,sakit sangat ye sayang?”Tanya Puan Isma,bimbang.”Mama,sakit sangat,ma…”sahut Mia,lemah.Dia tidak mampu untuk membuka matanya sekalipun.Kesakitan dikepalanya mencucuk-cucuk.Dirasakan oleh Mia kesakitan itu seperti sudah sampai membuatnya hampir tidak bernyawa.Sudah hampir dua minggu berturut-turut dia merasakan kesakitan yang tidak terungkap oleh kata-kata itu.Saat sakit itu menyerang,dia berasa seperti lebih baik kiranya Yang Maha Esa mencabut sahaja nyawanya daripada dia harus menanggung kesakitan yang sangat memedihkan itu.”Mia,macam mana sayang?Makin elok kalau Mama picit kepala Mia?”Tanya Puan Isma lagi.Semakin khuatir melihat kondisi anak tunggal kesayangannya itu.Mia hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja.Benar,kesakitannya semakin berkurangan tatkala ibunya menyentuh kepalanya.Mungkin telah terpancar kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Benarlah kata orang,kasih ibu membawa ke syurga.Syurga yang indah dan abadi.Terima kasih,ma,ungkap Mia dalam hati.

Farah menapak perlahan-lahan.Sambil itu matanya tidak berhenti memerhatikan lokasi tujuannya.Harapannya Cuma satu iaitu agar insan yang ingin ditemuinya berada di lokasi tujuannya itu.
“Assalamualaikum,”ucap Farah,agak lantang.Loceng rumah yang biasa ditekannya apabila ingin menyapa penghuni rumah itu telah rosak.Atas faktor itulah dia terpaksa memberi salam dengan suara yang lantang agar tuan rumah boleh mendengar dengan jelas ucapannya.
Beberapa ketika selepas itu,muncul insan yang biasa menyambut kedatangan tetamu di rumah berkembar satu tingkat itu.
“Eh,Cik Farah!Ni mesti datang nak jumpa Cik Mia,kan?”Duga Mak Kiah,pembantu rumah Puan Isma.
”Iyelah Mak Kiah.Siapa lagi saya nak jumpa kalau bukan dia.Dia ada Mak Kiah?”
“Eh,ada.Dia ada dekat dalam.Masuklah Cik Farah.”
Tiba-tiba,suasana menjadi hening.Kedua-dua insan itu saling bertentang mata sambil senyuman tidak lekang terukir di bibir.
Mak Kiah menggaru-garu kepala.Aneh.Kenapa Cik Farah tak masuk-masuk,ujar hati kecil Mak Kiah. “Masuklah Cik Farah,kenapa tercegat aje dekat situ?Tunggu siapa?”Soal Mak Kiah,bingung.
“E,eh Mak Kiah ni..Buat lawak pulak.Macam mana saya nak masuk kalau gate ni tak buka lagi?”Ujar Farah,tersengih-sengih.
“Ye tak ye,Cik Farah.Sorry!Lupa pulak.Patutlah Cik Farah senyum-senyum aje dari tadi.Biasalah Cik Farah,dah tua.”Saat menyedari tindakan bodohnya itu,Mak Kiah terus membukakan pintu pagar yang sepatutnya sudah dilakukannya sejak tadi.Mereka akhirnya sama-sama tergelak.
“Eh,suka nampak!Apanya yang kelakar?”Ujar satu suara.
“Eh,Mia!”.Seraya mengungkapkan kata-kata itu,Farah segera merangkul sahabat baiknya itu dengan erat.
“Beb,sakitlah beb.Kau peluk kuat sangat.Karang tak pasal-pasal aku mati pasal kena peluk dengan kau.”gurau Mia.Setelah mendengar kata-kata itu,Farah melepaskan rangkulannya.Bukannya apa,rindu pada sahabat baiknya itu menggunung setelah hampir dua minggu Mia tidak hadir ke sekolah
“Kau ni.Aku risau gila kat kau.Mana taknya,dua minggu tak datang sekolah.Mak kau kata kau sakit.Sakit kepala.Sakit yang macam mana ar?”
“Kalau iya pun cik berdua yang cantik dan baik,masuklah dulu.Biar Mak Kiah buatkan air.”Celah Mak Kiah.
Mereka menganggukkan kepala lantas menapak masuk ke dalam rumah serentak.Belum sempat melabuhkan punggung masing-masing di atas sofa,Farah sudah pun mengemukakan soalan. “Wei,ceritalah beb.Macam mana kau boleh sakit sampai macam tu?”
“Yelah,yelah..kau ni tak reti nak sabar sikit ke?…Ha,tanyalah apa yang kau nak tanya sangat tadi!”
“Ni ha,macam mana sakit kepala kau tu rasa?”
“Macam kena hempap batu.Sakit gila.Macam-macam rasa ada.Macam kena cucuk jarum pun ada.Buka mata pun susah.Aku pun tak tau kenapa.Aku pergi macam-macam klinik.Makan macam-macam ubat.Tapi tak ada kesan.Semuanya hampeh.”ujar Mia,penuh ekspresi.
“Janganlah pergi klinik aje,pergilah hospital.Lagi puas hati.”nasihat Farah pula.
“Dah.Tapi tak ada hasil yang memuaskan.Makin okeylah,tapi tak bagus sangat.Tapi,mak aku ada jugak bawa aku pergi jumpa orang yang pandai ubat-ubat tradisional ni.Alhamdulillah,makin okey akhir-akhir ni.Tapi,pagi tadi sakit gila.Mencucuk-cucuk.Macam nak pecah kepala aku ni!Macam nak mati pun ada.”
“Hish,kau ni,tak baik sebut pasal mati tau.Sensitif.”
“Eh,betul apa!Memang aku rasa macam tu pun.Beban gila.Kau nak tau tak aku pening sampai sebelum tu mimpi pelik.Aku mimpi,aku jalan dekat satu tempat,emmm,macam lorong gelap gitu, tapi aku tak nampak sangatlah.Tempat tu sunyi,hening.Seorang manusia pun tak ada dekat situ.Dalam pada tu,aku makin jalan dan jalan,tak berhenti-henti.Macam jalan tu solusi bagi aku untuk sembuhkan sakit kepala aku tu…”
“Oh,jadi dalam mimpi tu pun kau sakit kepala jugak?”potong Farah tiba-tiba.
“A’ah.Sakit gila tak tertanggung.Pendek kata aku pun tak dapat nak cakaplah macam mana sakit aku tu.Lepas tu aku terus jalan-jalan tak berhenti.Masa tu aku macam nak pergi satu tempat.Kira macam tempat tu penyelesaian bagi sakit kepala aku ni.Tapi aku rasa macam ada satu kuasa yang minta aku berhenti.Jadi sebab faktor tu dan sebab aku dah tak tahan nak sambung,aku pun jatuh.Kira macam pengsanlah.Lepas tu dalam mimpi aku tu aku tak berhenti-henti berdoa pada Allah.Akhirnya,mak aku kejutkan.Dia kejutkan sebab terkejut bila tengok muka aku berkerut-kerut.Sebab dia tahu yang sakit kepala aku ni dah makin pulih.Tapi bila pagi tu aku sakit macam masa awal-awal aku kena serang sakit kepala,jadi mak aku risau gila ar.”
Cerita Mia panjang lebar.
“Pelik jugak sakit kepala kau ni.Sampai dua minggu tu.Lepas tu,pagi-pagi aje kau kena…”
“Pagi sampai petang,sayang.”giliran Mia pula memotong,menyindir.
“Iye,sayang..Tapi,kau agak-agak Isnin ni boleh tak kau datang?Dahlah exam dah nak dekat.Nasib baik semua subjek dah habis belajar.Tapi kau banyak rugi lah sebab cikgu banyak kasi tips.”
“InsyaAllah boleh.Aku rasa boleh kot.Sebab aku punya sakit kepala ni dah makin baik.”
“Habis sekarang ni kau masih sakit lagi?”
“Adalah sikit,tapi,tak teruk sangatlah.”
“Amboi,bual panjang nampak adik-adik manis ni.Minumlah dulu.Sorrylah Mak Kiah lambat.Tadi tiba-tiba ada orang telefon Mak Kiah.”celah Mak Kiah sambil menatang dulang berisi air dan kuih.
“Siapa yang telefon Mak Kiah?Boyfriend ke?Hehe.”usik Mia seraya tertawa serentak bersama Farah.Mak Kiah lantas tersengih-sengih.
“Eh,siapalah nak Mak Kiah yang dah kerepot ni.”Ujar Mak Kiah,rendah diri.
“Eleh Mak Kiah ni.Mat Bangla yang selalu datang jual aiskrim tu berkenan apa dengan Mak Kiah.Mak Kiah aje yang jual mahal.”Usik Mia lagi.Farah yang kehilangan kata-kata hanya mampu tergelak sahaja.
“Eh,Mat Bangla tu buat apa.Tak hensem.Kalau muka dia macam Shah Rukh Khan,lainlah.”Kata-kata itu diakhiri dengan hilai tawa insan yang mengisi rumah berkembar satu tingkat itu.

Kabur.Samar-samar.Itu sahajalah kata yang mampu kuungkapkan saat ini.Mimpi apakah pula ini Ya Allah?Persoalan mula bertubi-tubi menyerang mindaku.Aneh.Ini bukanlah tempat seperti dalam mimpi yang kualami sebelum ini.Tempat ini seperti sebuah kamar sebuah hotel.Ya,hotel!Tapi,pandanganku masih samar-samar.Yang pasti aku hanya mampu melihat perabot asas yang biasanya terdapat di dalam sebuah bilik hotel biasa.Katil,almari dan….Suara..Ya,kali ini gegendang telingaku dapat menangkap suatu suara.Pandanganku teralih ke pintu.Kelihatan dua lembaga mendatangiku.Siapa mereka?Aku tidak mampu mengecam mereka kerana pandanganku terlalu kabur.Aneh.Mereka tidak menyapaku.Mereka melakukan hal mereka sendiri tanpa menghiraukan aku yang sedang memerhatikan mereka.Seolah-olah mereka tidak menyedari kehadiranku.Ya,mungkin sahaja mereka tidak menyedarinya.Mungkin sahaja.Aku cuba untuk membaiki penglihatanku untuk melihat siapakah gerangan dua insan itu.Yang pasti aku cuma mampu yakin bahawa kedua-dua insan itu berlainan jantina,seorang lelaki,seorang wanita.Akhirnya,aku mampu melihat wanita yang sedang asyik berbicara dengan lelaki itu.Wanita itu,seperti…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.