Bumi kita kuat merajuk dan sangat manja sejak kebelakangan ni kan?
Yela,dengan global warmingnya yang dah berjaya beranak pinakkan segala macam ribut taufan,banjir dan 1001 lagi fenomena alam yang luar biasa yang aku rasa cuma pakar je tahu tapi kita semua rasa.
Yeah!
bumi kita memang kuat merajuk.
Baru kena jentik sikit dengan karbon dioksida yang berlebihan dah nipiskan ozon dia nak bagi kita rasa panas yang luar dari biasa.Dan dari panas yang luar biasa tu dia cairkan glasier kat kutub utara yang saiz dia gila bapak besar saje je nak bagi tahap air laut bertmbah dan tenggelamkan kawasan yang rendah macam NEW ORLEANS selain tu banjirkan lain-lain kawasan.Dia jugak bagi ultra violet terpancar kat muka bumi yang dia tau bahaya dan tak sesuai untuk manusia sebab ultra violet ue boleh rosakkan kulit dan mata dan macam-macam penyakit lagi yang kalau korang nak tau google sendiri.
Bumi kita memang kuat merajuk!
Baru ada pembakaran terbuka semata-mata nak bukak tanah untuk bertani dah merajuk bagi kita jerebu yang menyakitkan mata dan merosakkan sistem pernafasan.
Bumi kita memang kuat merajuk!
Dia sanggup bakat hutan yang berekar-ekar walaupun ada manusia yang cuma buang puntung rokok je kat hutan tu.
ARGH!bumi kuat merajuk!
jadi kita manusia kenalah pujuk.Walaupun ambik masa tapi takpa kita usahakan la.Takkan nak berpeluk tubuh je dan tunggu the worst thing come baru kita nak bertindak?kankankan.
Aku salut mereka-mereka yang dari dulu ada inisiatif nak selamtkan bumi kita ni dengan plan-plan yang diorang buat.Antaranya rancangan matikan lampu selama sejam tu.Dude!benda ni kita kena buat tiap tahun doe dan dapatkan kerjasama dari pasaraya2 besar supaya join sama.Sebab aku tak rasa dorang nak coz itu boleh menganggu gugat bisnes dorang-aku agakla kan-
Tapi itulah,kat mana-mana pun mesti ada crook yang gatal sangat nak rosakkan pelan pujuk rayu kita tu.DAn crook yang utama semestinya AMERIKA!-shit punya negarala-
Ada ke patut,bila kita dah best dah kumpul ramai-ramai nak bincang pasal pengurangan pengeluaran karbon dioksida di setiap negara Amerika laknat tu boleh buat kepala konon tak setuju la apa la semata-mata sebab taknak rugi.Adoi shit punya countryla!
Tapi aku tak rasa crook kat sini cuma Amerika tu je,kita sendiri mungkin crook penyumbang kepada bumi kita ni merajuk.Yela dengan aktiviti bakar sampah yang kita buat hampir tiap petang,buang sampah tak kena tempat dan aku baru bercakap pasal orang biasa belum sentuh lagi pasal tokan-tokan besar.Pemilik kilang yang sesedap rasa je buang bahan-bahan terlarang lepas mendarat kat tanah,tersebar kat udara dan meresap kat air sungai dan laut.Diorang ni lagi hantu bai!
Seriously la kan,aku makin takut macam-macam bencana alam yang luar biasa yang melanda kat kita akhir-akhir ni dengan taufan kat Filipina,Gempa bumi kat Indonesia dan macam-macam lagi bencana yang kita tak pernah terfikir akan jadi.
Aku rindu gila masa dulu.masa yang kalau aku nak keluar main ngan member pukul 3 pun takpe coz time-time tu,dah tak panas sangat dah,cuaca dah redup,kena pulak aku tinggal kat kampung dekat dengan hijauan alam yang menenangkan haba mentari.Aku rindu gila masa tuh.
Tapi sekarang ni,kalau kau nak main kat luar,pukul5 pun haram nak redup.Kalau cuaca kira ok time tu,memangkau nasib baik gila la kan.Tkalau degil sangat nak main,kenalah buat akitiviti indoor cam main video games ke.Tapi kalau nak buat aktiviti yang keluarkan peluh macam bola sepak,takpe gelanggang sekarang ada dah bawah bumbung tapi tu biasanya futsal je.
Adoi…..

