Archive for November 6, 2009

pencuri selipar

Mencuri tak dinafikan adalah salah satu pekerjaan yang paling hina skali.Skali ko da pndai panjang tangan,maybe selamanya tangan ko xkan balik ke asal.Asek panjang je.
So kalo da mencuri tu hina.pencuri pun hina la kan.
zaman yang makin canggih ni,mencuri adalah ayat yang sangat skema.
Sekarang terma paling popular untuk kegiatan mencuri ni adalah REMBAT.
DAlam masyarakat melayu ada disebut tentang punca seseorang tu merembat dan dinukilkan dalam bentuk yang indah yakni pantun,pantun agak2 macam ni:
siakap senohong gelama ikan duri,
cakap bohong lama2 mencuri.

Cantik kan?huhu.Kreatif tol bangsa aku dulu ea.Well,skarang pun sama.hehe.

Hmm.Merembat sendiri ada macam-macam kategori.Ada yang buat secara kecil-kecilan apatah lagi secara pukal.Dan perembat ni pulak ada dari golongan marhaen sampailah ke golongn kolar putih(yang keje kat tempat ade Air-Cond,pki kot ue la).Berbagai cara,berbagai ragam n berbagai bangsa yang buat kerja ni.

Tapi dalam banyak-banyak kaki rembat ni,aku paling berbulu dengan orang yang hobi dia rembat selipar kat masjid.Diorang memang SIAL!

kaki rembat selipar:they are super duper unknown

kaki rembat selipar:they are super duper unknown

selipar2
Aktiviti ni paling galak bila hari Jumaat di mana masjid biasanya penuh dengan jemaah dan tentunya selipar dan kasut.Selain dari hari Jumaat,ketibaan 2 hari raya:Aidilfitri dan Aidiladha juga merupakan rahmat bagi kaki-kaki rembat ni.Dan bila selipar ko da kena rembat,kebarangkalian untuk korang dapet balik selipar korang tu amatla tipis kecuali kalau kawan-kawan kau just prank kan ko jela.Huhu

Dorang ni memang takde perasaan.Selipar kita tu adalah satu-satunya alat untuk kita protect kaki kita ni dari segala macam bahaya yang terampai kat muka bumi tu.Dan dorang dengan senang hatinya dah rampas alat ue untuk kesenangan dorang yang xseberapa-nk bli drug,jual n pg cc etc-
Imaginela perasaan orang yang kena rembat tu.Sedih,Bingung,mengharap,kecewa semua bercampur baur.Aku tau la coz aku da kena.

Mengikut apa yang aku tau,bila dorang buat macam ni kena ada dua orang n modus operandi dorang semestinya tunggu sampai semua orang dah tak perasan(biasanya masa solat) dan dorang kenala pilih selipar yang betul-betul boleh jual je.Yela sape nak beli selipar yang dah rabak an.

so,cmana nak elak dari jadi mangsa pemangsa setan ni?Aku ada beberapa cara yang aku rasa kebanyakan kita dah pernah pakai:

1.Jangan pakai selipar yang fizikalnya masih lawa.Aku tak cakap elak,tapi aku cakap jangan coz peratusan dia memang tinggi untuk selipar korang yang lawa tu kena rembat kalau fizikal dia menarik hati.

2.Bawak sekali selipar korang tu masuk dalam masjid.Tapi janganla korang pakai pulak,maksud aku simpan selipar korang tu kat dalam beg plastik atau ape-ape gadget yang boleh simpan selipar korang tu.

3.Letak selipar korang tu kat tempat yang orang sikit je tau.Atau kat tempat yang kalau ada orang nak rembat sure kantoi pnye coz dorang takkan berani punyala nak rembat kalo gtu situasi dia.

4.Sebelum korang tanggal dan letak selipar korang.Tadah tangan kat Tuhan,mintak Dia lindungi selipar korang dari anasir-anasir jahat yang nak susahkan korang.Buat dengan penuh mengharap dan bukan sambil lewa.

Aku rasa tu jela yang mampu aku cadangkan setakat ni.Kalau korang ada idea yang lagi gempak,kongsi-kongsi la k.Ape salahnya berkongsi ilmu kan.Kat sini jugak aku nak cadangkan supaya kita share story pasal kejadian ragut selipar ni(skema lak an).Tak kesala pengalaman sendiri atau orang lain.

p/s-selipar tu boleh gantikan dengan ,kasut.Malas je nk ckp.Huhu/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.