Archive for November 2, 2009

monoLOQUE-here he come!

ini monoLOQUE

hes here n 4ever will

bismillah.Bangga aku nak menaip post pasal seorang lelaki yang dah bagi impak yang betul-betul besar kat aku-gaya hidup,cara fikir-semua berubah bila telinga aku mula menangkap bunyian disertai dengan panahan lirik nan tajam yang kekadang boleh berubah selembut sutera.Aku betul-betul bersykur sebab diberi peluang untuk jadi sebahagian yang menyokong pergerakan beliau dan rakan-rakan dalam Band yang digelar BUTTERFINGERS.

dan kini,salah seorang dari mastermind Band tu dah buat satu split project bernama monoLOQUE-asalan dari nama beliau sendiri LOQUE-.Yang mana menurut beliau satu extension dari band BUTTERFINGERS tu sendiri dan bukannya satu yang kontra dari band tersebut(8tv QUICKIE,20091101).Dan dalam talkshow tu beliau dah menegaskan bahawa Butterfingers masih bernafas(bernafas dengan ego menurut ROTTW).Butterfingers juga menurut beliau akan ada projek seterusnya inshallah(HARIAN METRO).Ini adalah satu perkhabaran gembira buat aku dan rakan-rakan ROYAL lepas KEMBALI dirilis tahun lepas.AKU MENANTI LOQUE!!

ok.Cukup pasal Butterfingers.KIta borak pasal monoLOQUE.Projek ni dah lama ada,even before KEMBALI muncul.Bagi yang sedar lagu beliau yang pertama dirilis di layar internet adalah SAKIT RUMAH(versi rosak) iaitu di laman YOUTUBE bersama-sama video serba ringkas(monoLOQUE di sebuah taman tengah duduk sambil bernyanyi).Tapi aku rasa ramai xsedar sangat kewujudan lagu tu(aku agak je la).Well.menurut MONOlOQUEbeliau dah lama ada since 2004 lagi dan lagu pertama yang dihasilkan dan diperdengarkan kepada kawan-kawan dan sedara mara sahaja(bukan umum) ialah JIKA AKU SEORANG ROBOT yang kini tengah hangat di pasaran komersial.Haha.p/s aku bukan kutuk k!

Lagu tu pada aku sangat simple dan intro dia kalau aku tak silap macam lagu CHEMISTRY(BETWEEN US)-betul ke?-.Well,put dat aside,yang penting lagu tu memang best dan boleh layan.SElain dari lagu tu,monoLOQUE ada lagu lain iaitu -PENGHORMATAN TERAKHIR,LANGGAR LARI-.

akhir kata-sokonglah pergerakan BUTTER.dan sokonglah pergerakan monoLOQUE-
padu!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.